OP Nature : SPRM fokus tatakelola dalam pengurusan E-Waste

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi perhatian serius terhadap isu kelemahan tatakelola dalam pengurusan sisa elektronik (e-waste) berikutan pelaksanaan Op Nature yang dijalankan serentak oleh SPRM Selangor dan SPRM Negeri Sembilan semalam di dua lokasi iaitu Klang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan.

Selain siasatan berkaitan kesalahan jenayah rasuah, SPRM turut menumpukan kepada aspek tatakelola bagi mengenalpasti punca dan kelemahan yang menyumbang kepada isu pengurusan e-waste.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi  Kamaruzaman, menegaskan bahawa kelemahan tatakelola yang tidak ditangani dengan baik akan membuka ruang kepada perlakuan jenayah rasuah serta pengimportan haram e-waste untuk terus berulang.

⁠“SPRM telah membuka kertas penyiasatan tatakelola bagi meneliti punca dan mencari kaedah terbaik untuk mengelakkan isu ini berlarutan. Ia bukan sahaja menjejaskan alam sekitar, malah turut merugikan hasil pendapatan negara,” kata beliau.

Antara isu awal yang dikenal pasti adalah berkaitan aspek pemantauan dan tindakan susulan terhadap pengurusan e-waste. Bagaimanapun, ia hanya dapat disahkan selepas penyiasatan tatakelola yang lengkap diselesaikan.

 Azmi berkata  SPRM tidak menolak kemungkinan isu sama berlaku di negeri-negeri lain, dan penyiasatan tatakelola akan diperluaskan ke seluruh negara sekiranya terdapat keperluan.

SPRM akan bekerjasama rapat dengan agensi berkepentingan termasuk Jabatan Alam Sekitar serta Pasukan Petugas Khas E-Waste yang dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM  Tan Sri Azam Baki.

 SPRM berharap setiap agensi yang terlibat dapat memainkan peranan dengan lebih tegas berdasarkan bidang kuasa masing-masing.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img