Ops Korekan Jalan: DBKL kompaun 5 kontraktor gagal patuhi SOP

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan kompaun ke atas lima kontraktor pembinaan yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam Operasi Korekan Jalan Awam Siri 1/2026 yang dijalankan di tujuh lokasi sekitar ibu negara, bermula kelmarin.

Operasi itu dijalankan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bermula jam 10 malam kelmarin dan berakhir jam 3 pagi semalam.

GAMBAR: Facebook DBKL

Dalam kenyataan DBKL, operasi membabitkan tujuh kawasan iaitu Jalan Kuchai Maju, Jalan Klang Lama, Jalan Puchong, Jalan Desa, Jalan Bangsar, Persiaran Sultan Salahuddin dan Jalan Maharajalela.

“Pemantauan dan pemeriksaan dijalankan bagi melihat kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor semasa pembaikan atau penyelenggaraan berkaitan pemasangan paip, penurapan jalan, pembaikan saluran longkang, kerja utiliti seperti pemasangan atau penyelenggaraan bekalan air, elektrik atau talian telekomunikasi yang gagal mematuhi syarat dan kelulusan kerja di tapak operasi.

“Hasil pemeriksaan di tujuh lokasi yang dipantau, sebanyak 16 notis kompaun dikeluarkan oleh DBKL ke atas lima kontraktor pembinaan yang gagal mematuhi SOP.

“Ia membabitkan kesalahan seperti tidak meletakkan lampu blinker jalan, tiada pengawal lalu lintas jalan, menyebabkan kerosakan siar kaki jalan, menutup laluan jalan tanpa kebenaran, lori tiada permit mengangkut bahan binaan dan menyebabkan laluan jalan awam kotor serta kesalahan am lain,” kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kenyataan itu berkata, tindakan penguatkuasaan diambil menerusi kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 (empat notis kompaun) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (12 notis kompaun).

“Pihak CIDB turut mengeluarkan dua notis arahan hadir dan mengemukakan maklumat berkaitan kerja pembinaan tanpa kebenaran serta kelulusan kepada pihak kontraktor,” katanya.

DBKL juga akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa dan sebarang atau maklum balas, orang awam boleh salurkan menerusi pautan https://adukl.dbkl.gov.my/.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img