Ops Pintas Bersepadu berjaya tahan sembilan warga Indonesia di Pontian

SEMBILAN warga Indonesia termasuk seorang transporter dan dua tekong laut serta enam migran, diberkas menerusi Ops Pintas Bersepadu di kawasan Sungai Boh, Serkat, di Pontian awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, operasi pada jam 2 pagi itu hasil maklumat risikan mengenai kegiatan penyeludupan keluar dan masuk migran ke negara ini menerusi laluan yang tidak diwartakan.

“Kesemua yang ditangkap berusia antara 24 hingga 51 tahun termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dan seorang wanita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi itu juga, sebuah kereta Proton Wira, bot fiber bersama enjin, lapan unit telefon bimbit pelbagai jenama serta satu peket hablur kristal disyaki syabu dianggarkan seberat 21.41 gram yang kesemuanya bernilai RM60,000 turut dirampas.

Menurut beliau, ujian air kencing mendapati tiga lelaki iaitu transporter dan tekong laut terbabit didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 26A  Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img