Paip gas bocor di tapak projek ECRL, Kerteh – Polis

PAIP gas bocor dilaporkan berlaku di tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen Lima, dekat Kerteh, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 9.53 pagi.

Katanya, ia dilaporkan berlaku kira-kira dua kilometer dari laluan utama dan tidak membabitkan kawasan perkampungan atau kediaman penduduk.

“Kebocoran itu melibatkan paip gas jenis butane dalam bentuk gas yang dikenal pasti sebagai bahan mudah terbakar.

“Berikutan itu, polis mengambil langkah menutup sepenuhnya kawasan kejadian kepada orang ramai dan pekerja di situ,” katanya dalam satu kenyataan, lapor BH Onlie.

Mohd Razi berkata bekalan gas di saluran paip yang bocor itu sudah dihentikan dan ditutup untuk sementara waktu.

“Penutupan sementara waktu dilakukan sehingga kerja-kerja penyelengaraan itu siap sepenuhnya dilakukan oleh kontraktor. Polis turut menutup jalan utama Kerteh-Ranggon kepada semua jenis kenderaan bagi tujuan keselamatan,” katanya.

Mohd Razi berkata Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) telah diaktifkan dan pihak berkuasa sedang memantau situasi terbabit dengan rapi.

Katanya, pihaknya akan mengeluarkan maklumat lanjut dari semasa ke semasa dan menasihatkan orang ramai tidak menghampiri kawasan kejadian selain mematuhi arahan keselamatan.

“Sebarang maklumat berkaitan boleh di salurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di talian 09-8592222,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img