Pegawai kanan ATM direman enam hari kes minta dan terima rasuah RM150,000

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan reman seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 sebagai balasan memberikan kerja-kerja pembekalan bahan mentah untuk senggaraan stor di sebuah kem tentera di negeri ini.

Perintah reman selama enam hari sehingga 2 Februari depan terhadap suspek telah dikeluarkan oleh Majistret Uthman Abd Ghani selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, pagi ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira jam 12.15 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka.

“Siasatan awal mendapati suspek semasa kejadian yang bertugas sebagai pegawai pemerintah di kem tersebut disyaki melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2024.

“Suspek dipercayai telah menerima wang rasuah secara tunai daripada lima buah syarikat yang memperoleh kerja-kerja pembekalan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img