Pegawai penjara didakwa sebabkan kematian tahanan

SEORANG pegawai penjara di Pusat Koreksional Taiping mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Taiping hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang tahanan awal tahun ini.

Ryndee O’nel Victor, 25, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ahmad Hamdi Mustafar sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Dia didakwa menyebabkan kematian Gan Chin Eng, 62, di Dewan B, Penjara Taiping, Jalan Taming Sari di Taiping antara 3.30 hingga 4 petang pada 17 Januari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pengarah Pendakwaan Perak, Muhammad Zaki Abdul Kudos mencadangkan jaminan RM20,000, tetapi peguam Mohd Aidil Arsad merayu jumlah itu dikurangkan memandangkan isteri tertuduh sedang hamil.

Majistret menetapkan jaminan RM5,000 dengan dua penjamin dan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta dilarang mengganggu saksi, lapor Sinar Harian.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Februari depan.

Jabatan Penjara pada 11 Feb lalu mengesahkan berlaku kejadian provokasi di Penjara Taiping yang menyebabkan seorang banduan dipindahkan dari Pusat Koreksional Batu Gajah maut pada 17 Januari lalu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img