Pegawai polis dalam kereta perisai gilis penunggang ojek dipecat secara tidak terhormat

SEORANG pegawai kanan polis yang berada dalam kereta perisai  Briged Mobil yang menggilis penunggang ojek, Allahyarham Affan Kurniawan sampai mati dipecat secara tidak terhormat daripada Polis Republik Indonesia (Polri).

Ketika dibicarakan di hadapan Suruhanjaya Kod Etika Polri hari ini, Komandan Batalion Rejimen IV Brimob, Pesuruhjaya  Polis Cosma Kaju Gae yang merupakan antara tujuh orang yang berada dalam kenderaan itu menjelaskan, mereka sama sekali tidak ada niat menggilis Allahyarham Affan pada Khamis lalu.

Cosma yang duduk di sebelah pemandu berkata, kejadian tersebut di luar jangkaan dan hanya mengetahui kematian Affan daripada media sosial.

“Pada kesempatan ini saya juga menyampaikan dukacita yang mendalam kepada keluarga  Affan,’’ katanya yang menangis teresak-esak ketika membuat kenyataan itu.

Dalam kesempatan tersebut, Cosma juga memohon maaf kepada pengurusan Polri dan institusi Polri akibat tindakan tersebut.

“Saya mohon maaf kepada kepimpinan Polri atau rakan-rakan Polri yang sedang bertugas menjaga keamanan dan ketertiban umum. Bukan maksud dan tujuan kami hanya melaksanakan tugas, menjaga negara dan bangsa, menjaga keselamatan demi keamanan umum,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img