Pekerja binaan Bangladesh maut disambar petir

SEORANG pekerja warga Bangladesh maut akibat disambar petir ketika berada di atas bumbung rumah yang dalam pembinaan di Taman Ayer Keroh Height, Melaka hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.42 petang.

Menurut beliau, sebuah jentera dan enam anggota dikejarkan ke lokasi bagi operasi menyelamat dan tiba lapan minit kemudian.

“Sejurus tiba pasukan mendapati mangsa terbaring di atas bumbung dan dibawa turun menggunakan alat pengusung sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 3.42 petang,” katanya dihubungi di sini, lapor Berita Harian.

Mohd Hafidzatullah berkata, penyelia tapak pembinaan memaklumkan ketika kejadian cuaca hanya mendung dan tiada hujan.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pekerja lelaki berusia 20 tahun itu mahu membawa turun peralatan kerja dari atas bumbung rumah yang sedang dalam pembinaan sebelum tiba-tiba disambar petir.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img