Pekerja pembalakan maut diserang gajah di Gua Musang

SEORANG pekerja pembalakan maut dalam keadaan mengerikan selepas diserang gajah yang mengamuk di kawasan penempatan pekerja di Aring 8 di Gua Musang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, mangsa berusia 43 tahun dikatakan berada di kawasan rumah kongsi sebelum sekumpulan gajah liar muncul.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, beberapa rakan sekerja mangsa melarikan diri selepas menyedari kehadiran haiwan itu.

“Sekawan gajah dilihat berada di kawasan penempatan pekerja terbabit sebelum menyerang mangsa. Mangsa dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa ditemui maut pada pukul  7 pagi hari ini dalam keadaan tragis dengan kecederaan parah di kepala dan seluruh badan.

“Pekerja-pekerja lain yang masuk semula ke kawasan itu menemukan mangsa yang sudah meninggal dunia,” katanya.

Choon Foo memberitahu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img