Pelajar UMPSA pijak al-Quran didakwa dalam masa terdekat

PELAJAR Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang ditahan kerana disyaki menghina Islam di media sosial dengan memuat naik gambar memijak al-Quran akan didakwa dalam masa terdekat, menurut sumber.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil keterangan individu terbabit di IPD Kuantan pada Jumaat lalu bagi melengkapkan siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, lapor FMT.

Semalam, Ketua Polis Kuantan, Ashari Abu Samah dilaporkan berkata, reman seorang pelajar institusi pengajian tinggi berusia 21 tahun yang disyaki memuat naik dan menyebarkan gambar itu disambung tiga hari lagi hingga 3 Mac ini susulan arahan timbalan pendakwa raya supaya beberapa tindakan diambil bagi melengkapkan siasatan.

Sehingga kelmarin, polis menerima 28 laporan di seluruh negara berhubung kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Pada 25 Feb lalu, seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial.

Gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran individu didakwa penuntut UMPSA itu kemudian tular di media sosial.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img