Pemandu lori cedera tersepit dalam kemalangan tiga kenderaan berat

SEORANG pemandu lori cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan berat di kilometer (km) 182.9 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, dekat Maran, Kuantan awal pagi ini.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 5.40 pagi ketika dua lori dan sebuah bas persiaran dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila bas persiaran tanpa penumpang itu gagal dikawal lalu merempuh bahagian belakang sebuah lori.

”Berikutan rempuhan itu, lori berkenaan terbabas ke kiri jalan dan sebuah lagi lori dari arah belakang melanggar bahagian belakang bas terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Kim Wai berkata, kemalangan menyebabkan pemandu lori berusia 61 tahun yang dirempuh bas berkenaan tersepit dalam kenderaan dipandunya, manakala dua lagi pemandu tidak mengalami kecederaan.

Susulan kejadian itu, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran segera ke lokasi dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian leher dan perut dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh untuk  menerima rawatan.

Kes ini katanya disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img