Pemandu patah tangan dan kaki, kereta dipandu rempuh bas ekspres

SEORANG lelaki mengalami patah tangan dan kaki selepas kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 49 Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Kampung Batu 29 di Setiu, awal pagi ini.

Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 5.15 pagi melibatkan sebuah bas jenis Scania dan sebuah kereta Honda City.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, bas berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu, manakala kereta Honda City dipandu lelaki berusia 33 tahun dari arah bertentangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang datang dari arah Kota Bharu hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan bas tersebut.

“Berikutan rempuhan itu, pemandu kereta mengalami kecederaan serius iaitu patah tangan dan kaki manakala pemandu bas tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Sinar Harian.

Mohd Zain berkata, bas berkenaan mengalami kerosakan pada bahagian hadapan kiri, manakala kereta Honda City mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan.

“Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar beliau.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img