Pembantu pustakawan dalam perjalanan jemput anak dari sekolah maut motosikal rempuh lori tangki

SEORANG pembantu pustakawan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki di Jalan Perak, Kawasan Perindustrian Ringan Semarak di Nilai, Negeri Sembilan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa, Mohd Azuwan Hood, 38, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika sebuah lori tangki yang bergerak dari arah Semarak menghala ke kawasan perindustrian terbabit membelok ke kanan jalan.

 

“Motosikal ditunggang mangsa yang datang dari arah bertentangan telah melanggar bahagian belakang kiri lori berkenaan.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala serta disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya hari ini, lapor Sinar Harian.

GAMBAR: IPD Nilai

Menurut Johari, pemandu lori lelaki berusia 41 tahun dan kelindan lelaki berusia 47 tahun, tidak mengalami kecederaan.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Bernama melaporkan mangsa ketika itu dalam perjalanan untuk mengambil anaknya di sebuah sekolah sebelum terbabit dalam kemalangan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img