SEORANG lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan terputus dalam kemalangan di Jengka 11 Bandar Pusat Jengka, Maran hari ini.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, dalam kemalangan kira-kira jam 8.18 pagi itu, mangsa, Amir Zulfadli Azfar Sanudin, 24 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas, bagaimanapun ia tidak tidak melibatkan kenderaan lain.
“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bandar Pusat Jengka menghala ke Jengka 8, ‘’katanya lapor Sinar Harian.
Kim Wai berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


