Penganggur direman bantu siasatan kes bunuh, simpan mayat isteri

SEORANG penganggur hari ini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya di sebuah flat di Jalan Tuna, Seberang Jaya, semalam.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret J Savinder Singh terhadap suspek yang berusia 28 tahun itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek tiba di mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi dilihat memakai baju lokap sambil dikawal beberapa anggota polis bersenjata.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, mayat wanita berusia 44 tahun itu ditemukan dalam keadaan terlentang lengkap berpakaian di atas tilam dalam salah satu bilik rumah mereka.

“Wanita itu dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam media melaporkan, seorang lelaki dipercayai menyimpan mayat isterinya selama empat hari selepas membunuh isterinya dengan mengelar leher di rumah mereka di tingkat dua sebuah flat Jalan Tuna, Seberang Jaya.

Perbuatan suspek itu terbongkar selepas dia sendiri menyerah diri kepada polis pagi semalam, selepas empat hari `tinggal’ bersama mayat isterinya.

Helmi dalam pada itu berkata, pasukan forensik telah mengambil beberapa sampel termasuk menjumpai pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh isterinya.

“Mayat mangsa dihantar ke ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat,”katanya.

Helmi berkata, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenalpasti motif dan punca kejadian berlaku.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

“Sekiranya mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil ke IPD Seberang Perai Tengah atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img