Penganggur ditahan miliki heroin, syabu bernilai RM1,300 di Masjid Tanah

SEORANG penganggur ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis heroin dan syabu bernilai lebih RM1,300, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ahmad Abu Bakar berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira 4.20 petang ketika menunggang motosikal di Jalan Baharu Ayer Limau–Jeram, Masjid Tanah.

“Semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau di bawah Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta didapati positif ujian air kencing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,  suspek direman enam hari bermula 5 Jan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

“Siasatan diteruskan bagi mengesan rangkaian sindiket terlibat dan polis berharap masyarakat terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah menerusi hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di talian 012-2087222,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img