Pengguna Apple digesa kemas kini segera iOS susulan risiko keselamatan – MCMC

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa pengguna Apple supaya segera mengemas kini peranti iOS mereka susulan penemuan pelbagai kelemahan keselamatan.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan Apple telah mengeluarkan kemas kini keselamatan penting yang menangani kelemahan termasuk rantaian eksploit yang dikenali sebagai “DarkSword” yang menjejaskan peranti iOS, khususnya iPhone Apple.

Kenyataan itu memaklumkan kelemahan berkenaan boleh dieksploitasi secara serentak untuk menjejaskan peranti yang terlibat, sekali gus berpotensi membolehkan akses tanpa kebenaran dan aktiviti berniat jahat lain.

“Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihatkan supaya mengemas kini peranti mereka kepada versi iOS terkini bagi memastikan ia kekal dilindungi,” menurut kenyataan MCMC itu.

MCMC memaklumkan peranti yang tidak dikemas kini mungkin terdedah kepada risiko keselamatan, termasuk akses tanpa kebenaran kepada data peranti dan maklumat peribadi, pemasangan perisian pengintip atau perisian hasad, kecurian mesej, fail atau data sensitif lain serta kemungkinan pemantauan atau pengawasan terhadap peranti.

Suruhanjaya itu turut menasihatkan pengguna supaya mengaktifkan kemas kini automatik, mengelakkan melayari laman web mencurigakan, hanya memasang aplikasi daripada Apple App Store rasmi serta memulakan semula peranti selepas kemas kini dan sentiasa peka terhadap sebarang tindakan luar biasa.

MCMC memaklumkan orang ramai perlu mengamalkan tabiat digital selamat dan hanya bergantung kepada maklumat daripada sumber rasmi.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img