Peniaga batik rugi RM48,300 ditipu sindiket e-dagang

SEORANG peniaga batik kerugian RM48,300 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan perdagangan elektronik yang menyamar sebagai wakil agensi kerajaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa wanita 59 tahun membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu jam 7.06 malam semalam.

“Pada 3 Mac lalu mangsa menerima kiriman WhatsApp daripada nombor yang mengaku kononnya daripada Jabatan Alam Sekitar Kuala Terengganu.

“Dalam mesej itu pengirim menyatakan mahu membeli batik cotton sebanyak 50 pasang dengan nilai RM9,000.

“Pengirim mesej juga meminta mangsa membekalkan hadiah berbentuk bakul senandung dan cenderahati berbentuk keris dan dia diminta berurusan dengan pihak pembekal tertentu,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian berurusan dengan ‘pembekal’ berkenaan menerusi WhatsApp dan selepas berbincang mangsa bersetuju membeli dengan harga RM48,300.

Tambah beliau, pada 9 Mac lalu mangsa membuat bayaran ke satu akaun bank berjumlah RM48,300 dengan tiga kali transaksi pembayaran.

“Selepas membuat bayaran mangsa gagal untuk berhubung dengan pihak berkenaan dan hadiah yang tempah juga tidak diterima,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img