Penjawat awam kediaman lebih 8 kilometer dari pejabat, kerja dari rumah 3 hari seminggu

PENJAWAT  awam di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta semua ibu negeri dengan jarak perjalanan sehala dari pejabat ke rumah melebihi lapan kilometer, dibenarkan untuk bekerja dari rumah (BDR) tiga hari seminggu mulai 15 April.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menerusi edaran surat pekeliling hari ini.

“Pelaksanaan BDR ditetapkan mengikut hari bekerja negeri, iaitu Selasa hingga Khamis bagi negeri dengan cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad, manakala Isnin hingga Rabu bagi negeri yang bercuti pada Jumaat dan Sabtu,” katanya lapor Buletin TV3.

Selain itu, kata beliau beberapa sektor dikecualikan daripada pelaksanaan BDR, termasuk keselamatan dan pertahanan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), bomba, penjara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Sektor kesihatan dan pendidikan turut tidak terlibat, khususnya pegawai perubatan, farmasi, pergigian, jururawat serta Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang terlibat dengan sesi persekolahan.

Wan Ahmad Dahlan turut memberitahu, bagi sektor lain, Ketua Jabatan diberi tanggungjawab untuk menentukan pelaksanaan BDR tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan, termasuk mengenal pasti perkhidmatan penting serta menyusun jadual bekerja yang bersesuaian.

“Sepanjang tempoh BDR, pegawai diwajibkan merekod kehadiran menggunakan Sistem Pemantauan Operasi Tugas Secara Elektronik (SPOT-Me) yang memanfaatkan fungsi geolokasi, termasuk pendaftaran masuk setiap satu jam,” katanya.





IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img