Penunggang maut, motosikal terbakar rempuh kereta di Putatan

SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh kereta sebelum terbakar di Jalan Kota Kinabalu-Papar, berhampiran Kampung Petagas, di Putatan, Sabah pagi ini.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi itu, mangsa yang berusia 49 tahun mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth pada jam 1.45 petang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai gagal mengelak kereta Perodua Kancil di hadapannya.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img