‘’Perbuatan mana tidak hormat Tuanku Raja Perlis ’’ – soal Ketua Pemuda Pas

KETUA Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azzamuddein  berkata adalah tidak betul apabila ada pihak  menyatakan parti itu berkonfrontasi dengan Istana Perlis apabila membuat keputusan untuk tidak menganggotai Exco Kerajaan Negeri.

Katanya, mereka perlu mengkaji pendirian Pas yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung parti tersebut Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan media pada Rabu lalu.

‘’ Cuba perhati betul-betul pendirian Pas (dalam kenyataan itu). Ada dua perkara pokok.  Pertama Pas berpendirian untuk terus menyokong Kerajaan Negeri Perlis.  Ayat “meneruskan kelangsungan dan keberadaan Pas dalam Kerajaan Negeri Perlis” dalam kenyataan Setiausaha Agung Pas itu dalam bahasa mudahnya bermaksud menyokong Kerajaan Negeri.

‘’Kedua, walaupun Pas menyokong Kerajaan Negeri, namun pendirian Pas adalah tidak mengganggotai Exco Kerajaan (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri), jika dilantik,’’ katanya.

Beliau berkata, pendirian menyokong kerajaan negeri kerana menjunjung konsep Raja Berperlembagaan dan menghormati kebijaksanaan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

‘’ Sebab itu semua enam wakil rakyat Pas hadir ketika majlis angkat sumpah MB baru manakala pendirian untuk tidak mengganggotai Exco Kerajaan Negeri, kerana bersolidariti bersama MB (Mohd Shukri Ramli) sebelum ini yang meletakkan jawatan. Juga sebagai mesej tidak bersetuju dengan perbuatan ADUN yang menjatuhkan MB,’’ katanya.

Selain itu kata beliau, mengikut undang-undang di Perlis, Menteri Besar boleh membentuk Kerajaan Negeri walaupun hanya dengan melantik 4 orang Exco sahaja.

‘’Sebab itu MB Perlis umum akan lantik semua 4 orang ADUN Bersatu sebagai Exco. Itu jumlah minimum. Urusan kerajaan boleh berjalan. Tak tergugat walaupun tanpa Exco daripada Pas.  Maka, di mana yang dikatakan konfrontasi dengan Istana? Perbuatan mana yang dikatakan tidak hormat Tuanku? Jawapannya tidak ada.  Semua proses undang-undang mengikut konsep Raja Berperlembagaan dihormati dengan baik. Yang tak faham, harap faham,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img