Perhilitan rampas 100 kura-kura dan labi-labi tanpa lesen daripada lelaki Bangladesh

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pulau Pinang menahan seorang lelaki Bangladesh yang menyimpan 100 kura-kura dan labi-labi tanpa lesen selepas menyerbu sebuah rumah di Bagan Lalang, Butterworth pada Ahad lalu.

Serbuan pada jam 4.45 petang itu melibatkan anggota dan pegawai Perhilitan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) hasil risikan dan maklumat sejak dua minggu lepas.

Pengarah Perhilitan Pulau Pinang, Mohd Zaide Mohamed Zin berkata, pihaknya percaya kesemua haiwan itu dipercayai ditangkap atau dibeli daripada individu lain.

“Dalam serbuan pihak kami menemukan sejumlah 94 kura-kura spesies katup, kolam, Chinese Striped-Nosed dan Red-eared Slider serta enam labi-labi diletakkan di dalam beberapa tong plastik dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM20,000,” katanya pada sidang media di pejabat Perhilitan daerah Seberang Perai di Bukit Mertajam hari ini.

Menurut beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek berusia 45 tahun itu telah melakukan aktiviti tersebut untuk tempoh masa yang lama, malah mungkin sehingga bertahun.

Berdasarkan siasatan, beliau berkata, haiwan itu dipercayai dijual bagi tujuan keagamaan pada harga antara RM20 hingga RM200 seekor mengikut saiz.

Mohd Zaide memberitahu, suspek yang memiliki dokumen perjalanan sah kini direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Katanya lagi, haiwan yang dirampas akan dilepaskan ke habitat asal selepas memperoleh perintah pelupusan daripada mahkamah manakala spesies luar negara pula akan ditempatkan sementara di Pusat Penyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, Perak bagi tujuan kuarantin.

Beliau berkata, kura-kura dan labi-labi merupakan spesies haiwan dilindungi justeru, individu yang berhasrat memelihara atau menyimpan haiwan eksotik itu perlu mendapatkan lesen daripada Perhilitan.

Tambahnya, mereka yang melanggar arahan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 60 (1) (a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img