Perjanjian Malaysia-AS : Anwar sifatkan pembangkang cuba tanam kebencian, salah tafsir peruntukan tertentu

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan pembangkang cuba menanam kebencian apabila  menyalahtafsirkan peruntukan tertentu dalam perjanjian perdagangan dengan negara luar termasuk Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Amerika Syarikat (AS) dengan Malaysia yang dimeterai pada Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, pembangkang sepatutnya tidak bersikap ‘lebih Hamas dari Hamas’ dan ‘lebih China dari China’ dalam mentafsirkan langkah kerajaan menjalinkan hubungan perdagangan kerana ia boleh menjejaskan hubungan diplomatik dengan negara tertentu.

” Tentunya apa-apa dilakukan oleh AS tentunya diteliti ‘line by line’ (satu demi satu) oleh China. Kalau ada ditafsirkan oleh sesetengah Ahli pembangkang, ia akan menjejaskan hubungan kita dengan China. Kalau unsur nadir bumi dimonopoli AS, tidak boleh dengan China… ini tidak berlaku.

“Jadi kita jadi ‘lebih Hamas dari Hamas’, ‘lebih China dari China’. Ini masalah kita kerana politik yang menanam sikap benci begitu saja. Saya akan teliti dulu undang-undangnya, teliti peruntukannya,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menjelaskan berkaitan  komitmen yang diperlukan daripada Malaysia untuk membeli barangan AS berjumlah lebih RM1 trilion.

Tegas Perdana Menteri ia  tidak  melibatkan  wang kerajaan, sebaliknya pembelian dilakukan oleh GLC.

‘’MAS membeli 30 pesawat dari Airbus dan 30 lagi dari Boeing, pembelian itu sudah lama dibuat. Bukan saya order pesan pesawat berkenaan. Ini dilakukan MAS. Begitu juga tentang pesanan daripada Google, Microsoft. Ini bukan kerajaan.

“Begitu juga import gas. Gas asli cecair (LNG) dari PETRONAS, tentu PETRONAS jelaskan dan ia tentunya bukan baru (berlaku). Ia satu kejayaan besar pelaburan cari gali PETRONAS di Kanada yang dikutuk dulunya kononnya kita jual .Itu pun satu penipuan tetapi tidak berlaku. Sekarang berhasil,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img