Pesakit HIV dipenjara 10 tahun, lima kali sebatan mengaku salah rogol wanita OKU

MAHKAMAH Sesyen Johor Bharu hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan lima kali sebatan ke atas seorang  pesakit HIV dan leukemia atas pertuduhan merogol seorang wanita orang kurang upaya (OKU) pada 10 Januari lalu.

Hukuman itu dijatuhikan oleh Hakim Madihah Zainol selepas pengawai keselamatan R Sivanesan, 39 mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Sivanesan didakwa merogol seorang wanita berusia 29 tahun, yang mana tertuduh mengetahui mangsa mempunyai kecacatan fizikal membabitkan pendengaran, pertuturan dan lembam pembelajaran  di sebuah rumah dekat Jalan Jaya Mas 9, Taman Jaya Mas, Skudai, kira-kira jam 11.50 malam, 30 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(2)(k) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu peguam , Omar Kutty memberitahu mahkamah, tertuduh memohon maaf dan insaf atas perbuatannya itu.

“Tertuduh bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM2,200 sebulan. Dia menghidap penyakit HIV dan leukemia atau kanser darah. Tertuduh banyak membuat kerja amal di kuil dan tiada rekod jenayah lampau,” katanya lapor BuletinTV3.

Dalam hujah pemberatan pula, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadilah Johanuddin, memohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam, iaitu mangsa yang juga pemegang kad OKU, melebihi kepentingan tertuduh.

“Mohon hukuman setimpal bersifat pengajaran, dan mohon tertuduh dikenakan pengawasan polis serta kaunseling pemulihan,” katanya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan itu, berserta tambahan tertuduh perlu menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan serta pengawasan polis selama setahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img