Pesara didenda RM5,000 pandu melulu hingga ragut nyawa

MAHKAMAH Majistret Ayer Keroh, Melaka, semalam, menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap seorang pesara selepas menukar pengakuan bersalah atas pertuduhan memandu melulu sehingga menyebabkan kemalangan, tahun lalu.

Tertuduh, Badrul Hisham Osman, 58, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan semula di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman, lapor Harian Metro.

Timbalan Pendakwa Raya Syaza Nur Sharif memaklumkan prosiding ditetapkan untuk sebutan kes, namun memaklumkan terdapat perkembangan baharu apabila tertuduh mahu menukar pengakuan kepada bersalah.

Mengikut kertas pertuduhan, Badrul Hisham didakwa mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh dipenjara sehingga 12 bulan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Taming Sari, di sini, pada 19 April 2025.

Mengikut fakta kes, polis menerima maklumat awam mengenai kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di lokasi berkenaan.

Siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika motosikal sedang bergerak lurus sebelum sebuah kereta keluar dari simpang dan memintas masuk ke laluannya hingga menyebabkan pelanggaran.

Akibat kejadian itu, pembonceng motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggangnya cedera dan dirawat di Hospital Melaka.

Tertuduh yang memandu kereta tidak mengalami kecederaan.

Mahkamah turut menetapkan tertuduh dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img