PGA tahan enam individu jalankan kegiatan melombong emas secara haram

PASUKAN Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki tempatan dan lima pekerja warga Indonesia yang dipercayai terlibat menjalankan kegiatan melombong emas secara haram di Kampung Bolok, Temerloh kelmarin.

Kesemua lelaki berusia antara 25 hingga 38 tahun itu ditahan pada jam 8 pagi Sabtu lalu dalam operasi bersepadu Ops Khazanah yang dijalankan bersama-sama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP).

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, dalam serbuan itu pihaknya merampas dua unit jengkaut, lori, pam air dan kuali mendulang dengan jumlah rampasan dianggarkan bernilai lebih RM1.14 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Radzi memaklumkan barang rampasan diserahkan kepada UPNP dan kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh untuk tindakan lanjut.

Kes ini kata beliau, disiasat mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral 2001 Negeri Pahang serta Seksyen 55(b) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img