PM ziarah mangsa kebakaran Kampung Petagas, lawat Kampung Duvanson

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengambil kesempatan untuk menziarahi penduduk Kampung Petagas, di Kota Kinabalu yang ditimpa musibah kebakaran baru-baru ini.

Dalam itu beliau telah mengarahkan bantuan  segera disalurkan dan  turut melawat penduduk di Kampung Duvanson, Putatan yang berdepan masalah kesihatan.

‘Semoga mereka diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini,’’ kata Anwar dalam catatan di akaun telegram beliau.

Kata Perdana Menteri, kerajaan akan terus memastikan kebajikan rakyat di Sabah terpelihara, malah ini dibuktikan melalui peruntukan pembangunan untuk Sabah di bawah Belanjawan 2026, meningkat kepada hampir RM17 bilion, tertinggi berbanding negeri lain.

Sementara itu mangsa kebakaran di Kampung Petagas bersyukur dan terharu atas kesudian Perdana Menteri turun padang untuk menyampaikan sendiri bantuan awal,

Khairul Zulfadli Patin, 38, yang bekerja sebagai mekanik berkata bantuan itu dapat memberi kelegaaan kerana meringankan beban dan membantu mereka dalam meneruskan urusan harian.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi bantuan dengan pantas. Alhamdulillah, bantuan ini dapat membantu meringankan beban,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img