Polis buru dua lelaki terlibat pergaduhan tular di pam minyak Taman Sungai Chua

POLIS sedang mengesan dua individu yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di hadapan sebuah pam minyak di Taman Sungai Chua, Kajang selepas videonya tular dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada jam 11.16 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 12.50 tengah hari semalam di mana terdapat rakaman video dua orang lelaki sedang bergaduh di kawasan awam.

“Sehingga kini, kedua-dua pihak belum membuat sebarang laporan polis dan punca sebenar kejadian sedang disiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.

Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan Pusat Kawalan Daerah Kajang di talian 03-8911 4243 atau pegawai penyiasat, Sarjan Mohamad Najib Mohd Radgali di 012-342 9297 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, satu rakaman video tular memaparkan pertelingkahan antara dua lelaki sebelum salah seorang daripadanya yang tidak berbaju bertindak agresif.

Kedua-dua mereka pada mulanya dilihat berbincang sesuatu sebelum lelaki yang tidak berbaju dilihat mula menumbuk dan menyepak individu terbabit sehingga terbaring di atas tanah.

Lebih parah, lelaki tidak berbaju itu kelihatan terus memijak individu berkenaan walaupun mangsa sudah tidak bergerak.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img