Polis buru sekumpulan individu cederakan tiga lelaki

POLIS sedang mengesan sekumpulan individu yang disyaki terlibat dalam kejadian merusuh dan menyerang tiga lelaki menggunakan senjata di Selayang Jaya, Batu Caves dekat Gombak tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisoner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah malam sebelum siasatan mendapati pergaduhan berlaku kira-kira 10 minit sebelumnya.

Beliau berkata, kejadian dipercayai membabitkan dua kumpulan lelaki tempatan yang identiti mereka masih belum dikenal pasti.

“Tiga mangsa merupakan lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 36 tahun. Mereka mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata, kumpulan suspek itu dipercayai menyerang kumpulan mangsa menggunakan senjata, manakala motif kejadian masih belum dapat dikenal pasti.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Shafiq Md Shapawi di talian 013-515 4065 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di 03-6126 2222.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img