Polis buru tiga lelaki pecah masuk rumah, curi wang tunai di Taman Anjung Gapam

POLIS memburu tiga lelaki yang memecah masuk sebuah rumah dan mencuri wang tunai pelbagai mata wang asing bernilai RM1,500 di Taman Anjung Gapam Jasin malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, kejadian berlaku pada 9.20 malam dan turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang pemilik rumah berusia 37 tahun itu.

“Pemilik rumah yang bekerja sebagai pengurus pusat kecantikan menyedari kejadian itu menerusi notifikasi CCTV ke telefon bimbit ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Wanita itu melihat dua lelaki memecah masuk ke dalam rumah manakala seorang lagi di luar rumah menyebabkan dia menghubungi Balai Polis Bemban,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggota unit kereta peronda MPV yang mengiringi mangsa membuat pemeriksaan mendapati laci almari di bilik utama terbuka dan wang tunai mata wang seperti China, Indonesia, Thailand serta Korea hilang.

Suspek didapati mengumpil jeriji besi dan pintu kayu bahagian depan rumah.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Muhammad Fadzlan Fitri Mis menerusi talian 018-3511594 atau balai polis berhampiran.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img