Polis Kelantan buru suspek bom stesen minyak di selatan Thailand masuk negara ini

POLIS kini giat memburu suspek pengeboman 11 stesen minyak di selatan Thailand yang didakwa melarikan diri ke negara ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, sepasukan anggota dan pegawai cawangan khas sedang berusaha mengesan pergerakan suspek sekiranya penjenayah itu sudah memasuki Malaysia.

“Mengikut kenyataan pihak berkuasa di sana pada hari pertama kejadian, mereka memaklumkan suspek sudah lari ke negara ini.

“Jadi, kita sudah berhubung dengan mereka (pihak berkuasa Thailand) untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagi membantu mereka,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, lapor Harian Metro.

Media sebelum ini melaporkan sebahagian suspek terbabit pengeboman 11 stesen minyak di Narathiwat dipercayai melarikan diri ke Malaysia, selain bersembunyi di kawasan pergunungan dan hutan berhampiran sempadan.

Sumber keselamatan dilaporkan berkata, seorang daripada dua suspek yang ditahan kelmarin didapati membuat persiapan melarikan diri ke Malaysia ketika serbuan di Mukim Tha Saap, daerah Mueang, Yala.

Hasil soal siasat pasukan khas Bahagian Siasatan Polis Wilayah Yala mendapati, suspek 39 tahun itu sedang bersiap sedia melarikan diri ke Malaysia dalam masa terdekat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img