Anggota polis tular langgar lampu isyarat sudah dikenal pasti

POLIS sudah mengenal pasti dan mengambil tindakan sepatutnya terhadap anggota yang terbabit kejadian sebuah kenderaan agensi itu yang dikatakan melanggar lampu isyarat merah.

Kejadian dipercayai berlaku di persimpangan NSK, Jalan Haruan 2, di sini kira-kira jam 12.20 tengah malam, 16 September lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya mengambil maklum penularan sebuah rakaman video di media sosial yang memaparkan kejadian itu.

“Polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan dan sudah mengenal pasti keadaan sebenar insiden itu selepas siasatan selesai, tindakan dalaman akan diambil pada yang terbabit,” katanya, lapor Buletin TV3

Beliau menegaskan, setiap pegawai dan anggota polis tertakluk kepada peraturan jalan raya, kecuali dalam keadaan tertentu yang membabitkan tugasan kecemasan serta memerlukan tindakan segera demi keselamatan dan kelancaran operasi.

Jelas beliau, sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran prosedur, tindakan sewajarnya akan diambil mengikut undang-undang.

Justeru beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai juga diseru untuk mendapatkan maklumat sahih hanya melalui saluran rasmi PDRM dan tidak menularkan spekulasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya.

Terdahulu, pengguna jalan raya dirakam hampir terlanggar sebuah kereta polis yang dikatakan melanggar lampu isyarat merah, bagaimanapun, orang awam itu sempat membrek.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img