Polis tahan dua lagi penunggang motosikal terlibat aksi `wheelie’ di RnR Sungai Bakap

POLIS hari ini menahan dua lagi lelaki yang dikesan terlibat dalam kegiatan menunggang motosikal secara berbahaya di kawasan rehat dan rawat (RnR) Sungai Bakap arah selatan yang rakamannya tular menerusi media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Jay January Siowou berkata, tangkapan susulan itu dibuat hasil risikan dan siasatan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPS berkaitan kejadian itu.

Menurut beliau, kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut, menjadikan jumlah individu ditahan setakat ini lapan orang.

“Suspek direman dua hari hingga esok. Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Jumaat lalu, polis mengesahkan menahan enam lelaki berusia 16 hingga 20 tahun susulan rakaman tular berdurasi 13 saat pada Rabu, memaparkan tindakan beberapa individu melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) serta membunyikan ekzos dengan kuat di stesen minyak kawasan rehat berkenaan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img