Polis tahan warga asing pasang Jalur Gemilang terbalik di sebuah premis

SEORANG lelaki warga asing berusia 38 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung tindakan memasang bendera Malaysia secara terbalik di sebuah premis dalam daerah Kulai, Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, polis mengesan video tular dalam media sosial memaparkan bendera Malaysia dipasang terbalik pada jam 4 petang semalam.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai telah menjalankan pemeriksaan dan menahan seorang lelaki warga China berusia 38 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan air kencing adalah negatif.

Tambahnya, kes ini disiasat bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Pindaan 2017), Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 serta Peraturan 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/1963.

“Suspek direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img