PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang berlangsung semalam menyaksikan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mencatatkan majoriti di bawah 1,000.
Daripada keseluruhan 73 kerusi DUN yang dipertandingkan, sehingga jam 2.30 pagi ini, sebanyak 12 daripada 50 kerusi DUN yang sudah mencatat keputusan rasmi mencatatkan jumlah majoriti bawah 1,000 undi.
Kerusi-kerusi DUN terlibat adalah DUN Bengkoka, Tanjong Kapor, Matunggong, Bandau, Sindumin, Paginatan, Melalap.
Selain itu, DUN terlibat adalah DUN Tanjong Papat, Lamag, Sungai Sibuga, Kukusan dan Tanjung Batu.
Kerusi DUN mencatatkan majoriti undi paling rendah adalah Bengkoka iaitu sebanyak 77 undi di mana calon Barisan Nasional (BN) menang dengan undi 2,485 undi menewaskan lawannya calon dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Samuil Mopun yang memperoleh 2,408 undi.
Kerusi DUN Sungai Sibuga pula mencatatkan majoriti undi sebanyak 88 apabila calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Nurulalsah Hassan Alban memperoleh 6,619 undi menewaskan pencabar terdekatnya, Datuk Suhaimi Nasir dari BN yang memperoleh 6,531 undi.
Lain-lain jumlah majoriti undi kurang daripada 1,000 adalah DUN Tanjong Kapor (359), Matunggong (334), Bandau (244), Sindumin (362), Paginatan (736) dan Melalap (525).
Tanjong Papat (727), Lamag (153), Kukusan (650) dan Tanjung Batu (981).


