Tiga anggota polis dan enam orang awam cedera, termasuk empat parah, apabila sebuah bom tepi jalan meletup di daerah Yi-Ngo, Selatan Thailand hari ini.
Memetik laporan Bangkok Post, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi di Jalan Ram Komut ketika sepasukan polis dari Balai Polis Yi-Ngo sedang menjalankan rondaan menggunakan kenderaan perisai.
Bom tersebut meletup di hadapan sebuah kedai teh tempat beberapa penduduk tempatan sedang berkumpul.
Empat daripada orang awam dilaporkan berada dalam keadaan serius dan sedang menerima rawatan di Hospital Naradhiwas Rajanagarindra.
Pihak berkuasa percaya bahawa kumpulan pemberontak telah meletupkan bahan letupan itu dari jauh ketika kenderaan rondaan polis tiba di lokasi.
Pasukan forensik dan pemusnah bom telah menjalankan siasatan di tempat kejadian, dan siasatan masih diteruskan bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab.
UNDILAH |
[forminator_poll id=”4496″]


