Rasuah perolehan komputer riba, Indonesia rugi hampir RM500 juta, bekas Menteri Pendidikan ditahan

JABATAN Peguam Negara Indonesia menamakan bekas Menteri Pendidikan dan Kebudayaan negara itu, Nadiem Makarim sebagai suspek kes dakwaan rasuah melibatkan perolehan komputer riba yang mengakibatkan negara republik tersebut mengalami kerugian Rupiah 2 trilion (RM514.228 juta).

Pengarah Bahagian Siasatan jabatan itu, Nurcahyo Jungkung Ma berkata, Agensi Pemantauan Pembangunan dan Kewangan (BPKP) masih menilai jumlah kerugian sebenar yang dialami oleh negara itu.

‘’Nadiem ditahan serta merta dan dinamakan sebagai suspek sebaik sahaja soal siasat selesai,’’ katanya kepada wartawan di Jakarta.

Nurchayo berkata, Nadiem akan ditahan di Pusat Tahanan Salema selama 20 hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan,’’ katanya.

Hari ini, Nadiem memberi keterangan sebagai saksi di Jabatan Peguam Negara berkaitan perolehan computer riba tersebut ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi antara tahun 2019 dan 2022.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Gojek itu sebelum ini sudah dua kali dipanggil memberi keterangan iaitu pada 23 Jun dan 15 Julai lalu.

Sebelum ini Jabatan Peguam Negara turut menahan empat lagi suspek yang terlibat dalam skandal tersebut iaitu Pegawai Khas kepada menteri, bekas Konsultan Teknologi Kementerian, Pengarah Bahagian Pra Sekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah serta bekas Pengarah Sekolah Menengah Pertama.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img