Rifdean cipta sensasi di Bangkok, tumpaskan wakil Indonesia dengan KO pusingan pertama

PETARUNG Muay Thai negara, Rifdean Masdor mencuri tumpuan apabila menghadiahkan kemenangan bergaya buat Malaysia selepas menewaskan petarung Indonesia, Mohamad Redho Rocky, menerusi knockout (KO) pada pusingan pertama dalam aksi Atomweight Muay Thai di kejohanan ONE Lumpinee 138 yang berlangsung di Stadium Tinju Lumpinee di Bangkok, Thailand.

Sejurus loceng pembukaan dibunyikan, Rifdean mempamerkan pendekatan agresif dengan tekanan berterusan ke atas lawannya, sekali gus menguasai tempo pertarungan sejak awal.

Petarung negara itu tampil dominan melalui kombinasi tumbukan pantas, sepakan tepat serta serangan jarak dekat yang berkesan, menyebabkan Redho gagal membina rentak dan ruang untuk melancarkan serangan balas.

Setiap percubaan wakil Indonesia itu untuk mendekati atau mengubah corak perlawanan berjaya dipatahkan dengan kawalan jarak yang kemas, pergerakan kaki efektif serta ketenangan Rifdean sepanjang berada di atas gelanggang.

Detik penentuan hadir apabila satu serangan padu Rifdean berjaya menjatuhkan Redho, memaksa pengadil menghentikan perlawanan dan sekali gus mengesahkan kemenangan KO pusingan pertama buat atlet negara itu.

Lebih manis, kemenangan tersebut turut menyaksikan Rifdean menerima bonus berjumlah 350,000 baht (RM45,500) yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ONE Championship, Chatri Sityodtong, sebagai pengiktirafan terhadap persembahan cemerlangnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img