RM188 juta kerugian akibat pelaburan tak wujud awal tahun ini – Polis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti sebanyak 1,459 kes penipuan membabitkan pelaburan tidak wujud dilaporkan di seluruh negara yang mencatatkan kerugian berjumlah RM188 juta, sejak awal tahun ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dalam kenyataan berkata, statistik kes itu menunjukkan trend peningkatan 11 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu, namun jumlah kerugiannya mencatatkan penurunan.

Berikutan itu, JSJK menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati bagi mengelak menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan tidak wujud.

“Antara langkah disarankan adalah menyemak lesen dan pengesahan syarikat yang menawarkan pelaburan bagi memastikan ia mempunyai kelulusan pihak berkuasa kewangan.

“Selain itu, orang ramai juga diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan janji keuntungan cepat atau pulangan tidak realistik dalam tempoh singkat,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, JSJK memaklumkan, orang ramai juga digesa menyelidik maklumat syarikat atau pelaburan sebelum membuat keputusan dan tidak membuat pembayaran ke akaun bank individu atau syarikat yang tidak boleh disahkan.

“JSJK turut menasihatkan orang ramai berwaspada dengan taktik manipulasi emosi seperti paksaan atau tekanan untuk melabur kerana ia antara petunjuk awal aktiviti penipuan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img