Roket Iran serang bandar Israel termasuk Tel Aviv,Lapangan Terbang Ben Gurion

SERANGAN roket terbaru Iran ke Israel menyasarkan bandar Tel Aviv, Jaffa, dan Lapangan Terbang Ben Gurion menjadi sasaran.

Portal berita Tasnim melaporkan, dalam operasi yang dinamakan “Wa’da Sadiq 4”, roket-roket Iran melanda wilayah yang diduduki pada hari Jumaat, menyebabkan kerosakan dan kekecohan di kawasan tersebut.

Salah satu kawasan di Tel Aviv yang terkena roket Iran.

Sumber media Israel melaporkan bahawa sekurang-kurangnya satu roket Iran telah mengenai Lapangan Terbang Ben Gurion, yang terletak di tengah-tengah wilayah yang diduduki.

Saluran 12 Israel turut melaporkan bunyi letupan kuat di Tel Aviv, yang menyebabkan rumah-rumah sekitar bergoncang dengan teruk.

Secara keseluruhan, sumber berita Israel menyatakan bahawa Baitulmaqdis dan Tel Aviv menjadi sasaran serangan dengan 10 roket Iran.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img