Ronaldo anggap Arab Saudi tempat hebat, selamat didiami

CRISTIAN Ronaldo meraikan sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi Ke-95 dengan menyifatkan Arab Saudi adalah tempat yang hebat dan selamat untuk didiami.

Melalui akaun X beliau, pemain yang mempunyai 115 juta pengikut di media sosial itu berkata, Liga Arab Saudi sebagai baik, sambil menyatakan ‘’ tugas kami adalah datang ke sini da bermain bola sepak.’’

Ronaldo yang kini bermain dengan AlNassr FC turut memaklumkan  beliau dan keluarganya sangat menyukai kehidupan di Arab Saudi.

Dalam sebuah video berdurasi 52 saat yang dimuat naik di Instagram Story dan akaun profilnya, Ronaldo yang kini berusia 40 tahun berkongsi pengalaman positif yang beliau tempuhi.

“Pelancongan (Arab Saudi) sangat baik. Sekolah untuk anak-anak juga sangat bagus. Kawasan pelancongan sangat cantik. Saya syorkan kepada sesiapa yang belum mengenali Arab Saudi supaya datang melawat kerana pelancongannya hebat dan budayanya menakjubkan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img