”Saya akan buktikan tidak bersalah’’ – Shamsul Iskandar

BEKAS Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin menegaskan pendiriannya untuk membersihkan nama selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan, dengan menyatakan bahawa beliau tidak bersalah dan bersedia membuktikannya melalui proses perundangan.

Menurut peguam bela, Datuk Amer Hamzah Arshad, mahkamah membenarkan Shamsul Iskandar diikat jamin RM150,000 dengan dua penjamin serta tiga syarat tambahan.

Katanya, kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 8 Januari depan bagi tujuan penyerahan dokumen.

Tambahnya, anak guamnya sentiasa memberikan kerjasama penuh dan bertindak secara proaktif termasuk membuat laporan polis sebaik timbulnya dakwaan yang disifatkan tidak berasas.

“Datuk Seri Shamsul Iskandar pada setiap masa mengekalkan prinsip bahawa beliau tidak bersalah.

“Sejurus tohmahan dan laporan tidak tepat disiarkan, beliau telah membuat laporan polis bagi membersihkan dakwaan yang dilemparkan ke atas beliau serta pihak yang turut dikaitkan,” katanya dalam sidang media selepas perbicaraan kes di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau turut menggesa semua pihak agar menghentikan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan integriti proses perbicaraan.

Sementara itu, Shamsul Iskandar merakamkan penghargaan kepada pasukan peguam serta individu yang hadir memberikan sokongan dan solidariti pada prosiding tersebut.

“Insya-Allah, saya akan membuktikan bahawa saya tidak bersalah. Saya komited untuk mengikuti sepenuhnya proses mahkamah dan sejak awal telah memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) demi menyempurnakan siasatan serta membersihkan nama saya,” katanya.

Beliau turut memohon agar masyarakat memberi ruang kepada proses perundangan berjalan tanpa tekanan luar.

“Saya berharap agar semua pihak terus mendoakan dan mudah-mudahan kebenaran dapat ditegakkan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img