‘’Saya dalam keadaan kritikal’’ – mesej terakhir penumpang helikopter terhempas di Kalimantan Selatan

SALAH seorang daripada lapan mangsa yang terkorban dalam kejadian helikopter terhempas di kawasan hutan Kampung Emil Baru, Mentewe, Tanah Bumbu, Kalimantan Selatan sempat menghantar mesej kepada keluarganya.

Gabenor Kalimantan, Muhidin berkata, pasukan penyelamat mengesan isyarat telefon bimbit daripada salah seorang mangsa yang berbunyi ‘’Saya dalam keadaan kritikal’’.

‘’Pesanan singkat itu turut mengandungi titik koordinat helikopter itu terhempas sehingga ia membantu pasukan penyelamat mengesan kedudukan pesawat malang itu,’’ kata pada sidang akhbar di Hospital Bhayangkara di Banjarmasin, hari ini.

Beliau berkata, pasukan penyelamat kemudiannya bertanya kepada penduduk yang melaporkan mereka ternampak helikopter terbang rendah dan mengeluarkan asap sebelum meletup berdekatan titik koordinat yang dihantar oleh mangsa berkenaan.

‘’Terima kasih atas kerja keras pasukan penyelamat dan penduduk yang membolehkan mayat mangsa dapat dibawa keluar dengan cepat,’’ katanya,lapor detik.com

Mereka yang disahkan terbunuh dalam kejadian pada Isnin lalu dan hanya ditemukan kelmarin ialah juruterbang, Kapten Haryanto dari Riau, juruteknik Hendra Darman (Sulawesi) dan enam penumpang iaitu Mark Werren (Australia), Santha Kumar Prabhakaran (India), Claudine Pereira Quito (Brazil), Iboy Irfan Rosa (Riau), Yudi Febrian Rahman (Riau) dan Andys Rissa Pasulu (Kota Balikpapan, Kalimantan Timur).

Bangkai helikopter berkenaan ditemukan berhampiran Air Terjun Mandin Damar di kawasan hutan berbukit dan terpencil. Fiuslaj itu dilaporkan terbakar dan mengeluarkan asap, manakala bahagian ekornya ditemukan terpisah tetapi sebahagian besarnya masih utuh.

“Pada 2.45 petang waktu tempatan, pasukan penyelamat menemukan seorang mangsa kira-kira 100 meter dari lokasi nahas,” kata Pengarah Operasi Basarnas, Yudhi Bramantyo dalam satu kenyataan.

Helikopter jenis Airbus MBB BK117-D3, yang dikendalikan oleh PT Eastindo Air itu berlepas dari Lapangan Terbang Kota Baru pada 8.46 pagi waktu tempatan menuju ke Palangkaraya, tetapi terputus hubungan lapan minit kemudian.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img