Seorang maut, dua cedera kereta terjunam ke cerun

SEORANG maut, dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke cerun dan merempuh sebatang pokok di Jalan Jelawang-Gua Musang berhampiran Lata Kertas, Dabong di Kuala Krai, semalam.

Ketua Polis Kuala Krai, Mazlan Mamat, berkata kejadian pada 3.55 petang itu berlaku ketika mangsa 19 tahun bersama dua rakannya berusia 18 dan 20 tahun datang dari arah Gua Musang menghala Jeli.

“Setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan lalu terjatuh ke cerun dan melanggar sebatang pokok sehingga menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

“Mangsa dibawa keluar dengan bantuan bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua rakannya mengalami kecederaan,” katanya lapor Berita Harian.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img