PERAK terus mencatatkan peningkatan mangsa banjir ketika jumlah mangsa sehingga pukul 7 pagi ini mencecah 21,630 orang di lapan buah negeri.
Selain Kelantan, Kedah dan Perlis juga menunjukkan sedikit peningkatan. Kedudukan Selangor yang merupakan negeri terjejas jumlah mangsa tidak berubah.
Mengikut web infobencanajkm, Kelantan mencatatkan 9,519 orang mangsa banjir dengan mangsa terbanyak di Tumpat dengan 4,913 orang dikuti Kota Bharu(2,428 orang), Bachok (2,027 orang) dan Pasir Puteh (150 orang).
Di Perak jumlah mangsa banjir meningkat daripada 3,911 orang kepada 4,345 orang dengan Manjung mencatatkan jumlah tertinggi 1,830 orang diikuti Perak Tengah (8461 orang), Bagan Datuk (598 orang), Hilir Perak (681 orang), Muallim (167 orang), Kuala Kangsar (68 orang), Larut, Matang,Selama (152orang) dan Batang Padang (3 orang).
Selangor pula , jumlah mangsa ketika ini ialah 2,965 orang dengan Kuala Selangor mencatatkan mangsa tertinggi iaitu 1,735 orang diikuti Klang (573 orang), Shah Alam (309 orang), Sabak Bernam (242 orang), Hulu Langat (68 orang), Sepang (22 orang), Hulu Selangor (16 Orang).
Kedah pula mencatatkan sedikit peningkatan daripada 2,605 mangsa kepada 2,821 orang melibatkan 2,117orang di Kubang Pasu dan 704 di Kota Setar manakala Perlis mencatatkan 1,714 orang mangsa dengan Kangar mencatatkan jumlah tertinggi 974 orang manakala Padang Besar (740orang).
Lima negeri lagi Pulau Pinang mencatatkan 50 orang mangsa banjir , Terengganu (137 orang),Sarawak (28 orang), Pahang (42 orang) dan Kuala Lumpur (7 orang).


