Sindiket seludup migran ‘Geng Sojul’ kaut RM1.2 juta tumpas

JABATAN  Imigresen (Imigresen) menumpaskan sindiket penyeludupan migran ‘Geng Sojul’ yang menggunakan sebuah kondominium di sekitar Kuchai Lama, Kuala Lumpur, sebagai rumah transit bagi persembunyian warga asing tanpa dokumen.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki sebagai transporter serta 20 warga asing berusia 18 hingga 49 tahun yang disyaki diseludup masuk ke negara ini.

“Dalam serbuan pertama jam 1.30 tengah hari semalam, sebuah pikap dan SUV dipercayai membawa masuk migran yang diseludup dipintas di kawasan parkir sebuah pasar raya di Jalan Kuchai Lama.

“Seramai enam lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dan seorang lelaki Myanmar ditahan.

“Serbuan kedua dijalankan ke atas sebuah premis disyaki rumah persembunyian dan transit di sebuah kondominium yang membawa kepada penahanan 12 lelaki warga Bangladesh yang baru tiba dari negara jiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beiau berkata, sindiket itu dipercayai aktif sejak Disember tahun lalu menyediakan perkhidmatan membawa masuk warga asing ke dalam negara menggunakan laluan negara ketiga dan masuk secara haram melalui Kelantan, sebelum dibawa ke Lembah Klang serta dihantar destinasi tertentu.

“Sindiket mengenakan bayaran RM12,000 bagi setiap migran yang diseludup dan dipercayai mengaut keuntungan sekitar RM1.2 juta sejak beroperasi,” katanya.

Katanya, dua kenderaan, berapa keping pasport Bangladesh dan wang tunai sebanyak RM82,100 dan matawang asing AS$3,700 turut disita.

“Kesemua individu yang ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1966,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img