SMART dikerah ke Kelantan, bersedia ke negeri-negeri lain bantu mangsa banjir – Anwar

.PASUKAN Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART)  telah dikerah ke Kelantan yang paling teruk terkesan bencana banjir, serta bersedia ke negeri-negeri lain bagi mempercepatkan operasi menyelamat dan bantuan kecemasan di lapangan.

Perdaa Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut menggerakkan Skuad Ihsan MADANI ke semua kawasan terjejas untuk membantu menguruskan kebajikan mangsa banjir di hampir 100 pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka di tujuh negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sesi ramah mesra bersama diaspora Malaysia di Kenya . – GAMBAR PMO.

‘’Saya menyeru penduduk di kawasan berisiko untuk kekal waspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa, terutama apabila diminta segera berpindah. Keselamatan keluarga harus menjadi keutamaan.

‘’Dalam tempoh yang sukar dan mencabar ini, saya mendoakan agar semua mangsa banjir dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dilindungi daripada sebarang kemudaratan. Semoga kita semua dipermudahkan dalam menghadapi ujian ini,’’ katanya melalui Facebook beliau.

Anwar berkata, walaupun berada di Kenya, beliau tetap mengikuti rapat perkembangan musibah banjir yang semakin memburuk dan menjejaskan lebih 15,000 mangsa di tujuh negeri.

‘’Menurut laporan yang diterima, NADMA bersama semua aset agensi berkaitan telah digerakkan sepenuhnya ke kawasan terjejas bagi menyelamatkan rakyat yang masih terperangkap, di samping memastikan bantuan segera sampai kepada semua mangsa,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img