SPRM manfaat kepakaran universiti bangunkan AI – Azam Baki

UNIVERSITI di negara ini memainkan peranan penting sebagai rakan strategik dalam membantu penyelidikan berkaitan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), tadbir urus dan pencegahan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, SPRM memberi fokus kepada bidang teknologi AI kerana ia dapat membantu membangunkan modal insan dalam bidang seperti forensik digital, analitik data dan etika teknologi.

“Melihat kepada keperluan pada masa kini, SPRM perlu mendapatkan kepakaran daripada universiti dalam dan luar negara bagi meningkatkan keberkesanan usaha antirasuah.

“Usaha-usaha ini tidak akan berjaya tanpa pelaburan berterusan dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan teknologi selain meningkatkan tahap kemahiran serta profesionalisme pegawai,” katanya pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Monash University Malaysia dan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) SPRM hari ini.

Beliau berkata, menerusi MoU ini, SPRM akan memanfaatkan gabungan kekuatan pengalaman praktikal MACA SPRM dan kepakaran akademik universiti berkenaan bagi menghasilkan penyelesaian yang inovatif, realistik dan berimpak tinggi.

Azam berkata, sebagai contoh, Monash University Malaysia boleh membantu SPRM menambahbaik sistem sedia ada dalam menyelesaikan kes-kes yang kompleks ketika ini sekali gus tempoh siasatan sesuatu kes dapat diselesaikan dengan cepat dan mengikut tempoh masa ditetapkan.

Selain itu, SPRM berharap dapat memperolehi geran bagi pembangunan  teknologi AI menerusi kerjasama yang dimeterai antara MACA SPRM dan Monash University Malaysia.

Sementara itu, Presiden dan Pro Naib Canselor Monash University Malaysia, Profesor Emeritus Dato’ Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, kerjasama ini dapat memberikan akses langsung kepada barisan hadapan serta mewujudkan satu platform kukuh untuk menterjemahkan kepakaran akademik kepada hasil praktikal yang relevan di peringkat nasional.

Beliau berkata, ia juga memberi peluang untuk menjalankan projek penyelidikan gunaan, dasar, latihan serta pengukuhan institusi khususnya membabitkan Pusat Pengajian Undang-Undang Komersial dan Kajian Kawal Selia, Monash University Malaysia.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img