SPRM panggil 9 individu termasuk dua pengurusan tertinggi IJM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil sembilan individu, termasuk dua pengurusan tertinggi IJM Corporation untuk memberi keterangan berhubung dakwaan skim pengubahan wang haram berjumlah RM2.5 bilion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata mereka dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya bermula 10 pagi hari ini.

“Dua (pengurusan tertinggi IJM Corporation) akan hadir. Kami akan temubual mereka dan lihat. Tiada penahanan dan kami akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes ini,” katanya selepas Majlis Penyerahan Projek dan Perasmian Pusat Latihan Asas, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Bandar Enstek, Nilai.

Beliau berkata, terlalu awal untuk mengulas dakwaan salah laku itu kerana SPRM memerlukan masa meneliti dokumen memandangkan ia isu korporat dan siasatan baru bermula semalam.

“Jangan anggap satu hari kita boleh panggil berpuluh-puluh orang. Bagi kami masa sebab ia melibatkan isu korporat,” katanya sambil meminta orang ramai tidak membuat spekulasi dan dakwaan negatif berhubung kes itu.

Semalam, media melaporkan seorang pengurusan tertinggi syarikat itu yang bergelar Tan Sri dan seorang penasihat dikenal pasti individu berkepentingan dalam kes terbabit.

Serious Fraud Office United Kingdom mendedahkan siasatan dilancarkan ke atas dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah dikaitkan dengan transaksi pelaburan berbilion ringgit membabitkan dua eksekutif syarikat itu.

Pada 12 Jan lalu, Sunway Bhd mengumumkan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat ke atas IJM Corporation dengan nilai keseluruhan kira-kira RM11 bilion.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img