SPRM tahan bekas timbalan pengarah jabatan kerajaan kes rasuah RM35,000

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang bekas timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM35,000 daripada seorang kontraktor.

Menurut sumber SPRM, wang tersebut dipercayai diterima sebagai balasan pemberian projek tender daripada jabatan tempat suspek bertugas ketika itu.

Difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi hari ini ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada tahun 2022 dan dipercayai menerima wang berkenaan melalui transaksi pemindahan ke akaun bank peribadi serta secara tunai,” katanya dalam satu kenyataan, yang dipetik daripada Sinar Harian.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan suspek ditahan selama 24 jam sebelum dibebaskan dengan jaminan SPRM.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img